Sunday, February 8, 2009

TERIMA KASIH

Sedang ku melihat seluruh keluarga ku tersenyum,ketawa dengan telatah dan gaya ku,aku sedar
yang mereka memberi aku seribu harapan,serta dorongan dan semangat untuk aku menempuh hidup dan aku sedar yang aku masih ada mereka ahli keluarga besar ku yang tersayang,dalam keadaan hatiku yang kusam,sedih serta marah aku cuba untuk mencari ketenangan diri,tercari-cari cahaya ilahi untuk aku memperbaiki landasan hidup ku yang kini telah hancur dilanda ombak dunia,ya aku faham kehidupan itu adalah dugaan dan dugaan itu adalah kehidupan,perkara yang sama ertinya dan tidak dapat di pisahkan namun aku redha dengan ketentuan ilahi kerana dia yang maha ketahui,aku meraba didalam gelap tanpa cahaya dengan dipandukan gerak hati dan firasat,aku temui sekumpulan manusia yang,datang membantu.Bertanyakan khabar ku,ku curahkan segala kisah serta isi hati aku yang kian lemah,beribu pandangan serta cadangan telah diberikan,ya kini aku kuat menjalani kehidupan yang penuh cabaran walaupun duka masih terparut calar dihati,namun itu aku mampu tersenyum dan terus tersenyum,terima kasih aku ucapkan.